Pengenalan
Kami memulakan perniagaan kecil-kecilan pada Januari 2007 di pasar malam sekitar Pasir Gudang.Perniagaan ini diasaskan oleh Tuan Saiful Adli Bin Tuan Mat (saya) dan Maslina Binti Daud (isteri).Saya berasal dari Besut , Terengganu ..manakala isteri saya berasal dari Kota Tinggi Johor.Alhamdullillah Mahligai yang kami bina April 1998 telah menganugerahkan kami 5 orang cahaya mata.Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM , Skudai dalam jurusan Diploma Kaji Terbang dan oleh kerana minat yang mendalam dalam perniagaan , setelah 12 tahun bekerja makan gaji saya mula menerokai dunia perniagaan.Berbekalkan minat dan kesungguhan bersama modal dan pengalaman yang terhad saya menceburi perniagaan di pasar malam sekitar Pasir Gudang. Pada mulanya isteri saya memulakan perniagaan pasar malam berseorangan dan saya hanya membantunya selepas waktu kerja,selepas 2 tahun beliau bersorangan saya nampak yang perniagaan kami tidak boleh pergi jauh tanpa saya bersama-sama dengan beliau berniaga di pasar malam.Pada tahun 2009 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan bersama isteri saya berniaga di pasar malam.Semenjak dari itu kami telah mendaftarkan perniagaan kami atas nama "Rose Villa Cafe & Catering Services" walaupun pada saat dan ketika ini cafe kami belum pun wujud lagi kami jadikan ia sebagai impian yang perlu digapai suatu hari nanti....insyallah..amin.